Selamat datang, Mauricio! ke JDT Family musim 2019

Kelab Bolasepak JDT secara rasmi mengumumkan kehadiran pemain pertahanan yang baharu iaitu Mauricio dos Santos Nascimento bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Marcos Antonio. Mauricio yang berusia 30 tahun merupakan bekas pemain Lazio di Serie A, Itali pada musim 2017/2018 dan pernah beraksi di Spartak Moscow dan Sporting Lisbon.

Kehadiran Mauricio pastinya bagi memantapkan jentera pertahanan bagi menghadapi saingan musim 2019 dimana JDT merupakan kelab pertama negara yang akan bermain di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Kami ucapkan selamat datang dan selamat berjuang buat Mauricio dos Santos Nascimento.

Image may contain: 1 person, text