Separuh akhir Piala Malaysia, TMJ anggap lawan Selangor biasa sahaja

Pertembungan separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2019 menyaksikan JDT akan berhadapan dengan Selangor di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan ini merupakan aksi terakhir di sini sebelum berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim.

JDT adalah juara Piala Malaysia pada musim 2017. Manakala Selangor kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada musim 2015 dengan melengkapkan gelaran juara sebanyak 33 kali.

Aksi pertama Separuh Akhir Piala Malaysia dan aksi terakhir di Stadium Larkin musim 2019 turut mendapatkan reaksi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja melalui satu video yang dimuatnaik oleh laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Tunku Ismail bagaimanapun menganggap perlawanan menentang Selangor sama sahaja signifikannya seperti perlawanan-perlawanan lain.

JDT meraikan jaringan ketika benam Terengganu 4-1 di Suku Akhir Piala Malaysia. Foto JST

“Bagi saya, ia sama sahaja seperi perlawanan-perlawanan yang lain, tiada bezanya. Jika kami menang, ia bagus. Jikalau kami tewas, ia tidah bagus tetapi apa boleh buat,” ujar baginda yang juga merupakan pemilik JDT.

Bagi baginda musim ini sudah cukup hebat buat JDT setelah kelab tersebut menjuarai enam kejuaraan kesemuanya termasuk saingan di peringkat umur Bawah-12, Bawah-14, bawah-17, Piala Cabaran 2019 oleh JDT II, dan gelaran Liga Super oleh pasukan utama.

JDT II menjuarai Challenge Cup selepas menewaskan UKM FC di pentas Akhir. Foto: JST

“Di JDT memenangi perlawanan adalah penting, keinginan untuk kami menang adalah tinggi. Namun seperti yang saya katakan, di dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Saya mengharapkan yang terbaik, namun saya melihat ia sama seperti perlawanan-perlawanan yang lain,” tambah baginda ketika mengulas mengenai perlawanan pada malam ini.

Cubaan ‘dethroning’ JDT

Image
Stadium Sultan Ibrahim yang akan menjadi gelanggang rasmi JDT. Foto JST

Tidak ketinggalan di dalam klip video kali ini ialah apabila TMJ mengulas mengenai komen pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan yang mahu melucutkan gelaran ‘Raja Bola Sepak Malaysia’.

Melalui satu artikel terbitan The Star, ‘Let’s spoil the party’, Regan berkata Selangor berniat untuk merampas gelaran ‘Raja Bola Sepak Malaysia’, dan sebagai permulaan ialah dengan mengejutkan JDT pada malam ini.

“Bagi saya, sejujurnya perkataan ‘dethrone’ adalah agak kurang cerdik kerana sebelum anda dapat membayangkannya, kamu seharusnya membuat kajian mendalam terhadap pencapaian kami sama ada di dalam ataupun di luar padang,” jelas baginda.

Baginda mempunyai pendapat tersendiri untuk berkata sedemikian. Menurut TMJ, ini adalah kerana JDT dibangunkan melalui nilai komersil, dan bukan melalui peruntukkan dana seperti Selangor.

Baginda juga memberi contoh JDT kini memiliki stadium serta padang latihan, yang dimiliki oleh kelab sendiri sebagai aset dan bukan dimiliki oleh kerajaan.

Oleh kerana itu TMJ berpendapat untuk menggunakan perkataan ‘dethroning’, ia haruslah digunakan secara spesifik.

“Maksud saya menewaskan JDT adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi ‘dethroning’ adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Mengapa? Kerana sejak tahun 2013, JDT diuruskan tanpa sebarang pembiayaan dari kerajaan.

Aksi JDT ketika menentang Shandong Luneng di pentas AFC Champions League. Foto JST

“Anda boleh lihat kejayaan di dalam dan luar padang, anda boleh melihat kami adalah kelab pertama yang bermain di ACL [Liga Juara-Juara Asia]. Adakah mereka pernah bermain di ACL? Saya rasa tidak.

“Jika anda mahu terus bercakap mengenai masa lampau, saya rasa kehidupan adalah berkenaan masa kini dan masa akan datang.”

Image result for Juara piala afc 2015

Pada baginda, jika beliau hanya mahu bercakap mengenai kejayaan lalu, maka baginda akan sentiasa berbicara mengenai kejayaan di Piala AFC.

Untuk rekod, JDT adalah juara Piala AFC pada 2015, dan kekal sebagai kelab tunggal dari Asia Tenggara yang pernah muncul juara pertandingan tersebut sehingga kini.

JDT juga adalah kelab pertama yang bergelar juara Liga Super sebanyak enam kami berturut-turut di negara ini, selain menjadi yang pertama memiliki stadium dan pusat latihan, dan ibu pejabat sendiri di negara ini.

Anda boleh menyaksikan klip penuh video tersebut melalui pautan di bawah: