Siapa dia Mohd Sadek Mustafa?

Bingung melihat akhbar BH telah mendapatkan pendapat dari seorang individu yang bukannya seorang jurulatih, bekas pemain atau pun seorang yang terlibat dalam industri bola sepak untuk mensensasikan keputusan JDT.

Siapa dia Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa?

Apa kaitannya dalam pengurusan JDT sehingga boleh mengeluarkan kenyataan mengenai JDT dan Jurulatih, Benjamin Mora? Juga boleh memberi kenyataan bahawa Mora bakal digugurkan dari JDT jikalau prestasi masih tidak dipertingkatkan.

Menulis laporan yang dikeluarkan oleh Akhar Berita Harian, Zulfaizan Mansor (zulfaizan@bh.com.my), Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menyatakan bahawa Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora berada dalam ‘zon bahaya’ susulan prestasi kurang meyakinkan Harimau Selatan dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini.

Lebih malang lagi, beliau turut menyatakan bahawa Mora mungkin tiada (dipecat jika prestasi JDT ketika ini berterusan), sebab pemain perlukan satu set corak persembahan yang baharu untuk membolehkan mereka dapat menguasai permainan dan lawan.

Baca disini Ya, Mora dalam bahaya…

“Mora kena cari idea dan taktikal baharu. Namun, dia bernasib baik atau terselamat kerana perlawanan Liga M ditangguh,” katanya kepada BH Sukan.

Namun Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, menyangkal dakwaan bahawa kedudukan Mora tergugat berikutan prestasinya yang kini meletakkan JDT di persada Liga selepas 4 perlawanan dengan 10mata, disamping menewaskan Suwon Samsung Bluewings pada aksi AFC Champions League 2020.

Alistair Edwards turut menyatakan kebingungan adalah bahawa sebuah organisasi akhbar telah mendapatkan pendapat dari seorang individu yang bukannya seorang jurulatih, bekas pemain atau pun seorang yang terlibat dalam industri bola sepak untuk mensensasikan keputusan seri 1-1 JDT ketika menentang Felda United dan membuat spekulasi tentang perihal yang tidak pasti.