Siapa pegang dia selesaikan

Isu mengenai perpindahan Syazwan Andik ke JDT heboh diperkatakan oleh KLFA ditambah dengan persepsi negatif netizen yang tidak tahu isu lanjut mengenainya.

Tetapi ada isu yang lebih penting buat pengurusan KLFA yang perlu dihebohkan iaitu mengenai tunggakan gaji pemain yang dilaporkan tertunggak.

Ianya tidak diberi perhatian oleh pihak media dan netizen sebaliknya lebih hangat membabitkan penghijrahan pemain tersebut ke JDT. Ianya juga jelas isu JDT lebih menarik perhatian berbanding isu lain.

Walaubagaimanapun, KLFA mengakui pihaknya berdepan masalah tunggakan gaji pemain skuad The City Boys itu yang tertangguh sehingga kini akibat isu pemilihan kongres ke-31.

Siapa pegang dia selesaikan

“Siapa pegang dia selesaikan” – Demikian prinsip yang diambil Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) berhubung isu tersebut.

Menurut laman web stadiumastro.com, KLFA mengalami masalah gaji tertunggak satu hingga dua bulan membabitkan pemain yang dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Mereka perlu segera menyelesaikan masalah itu bagi mengelak geran tahunan disekat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M).

Menurutnya, pembayaran gaji terpaksa ditangguhkan kerana kedudukan barisan kepimpinan KLFA masih samar gara-gara isu pemilihan kongres ke-31 yang turut membabitkan campur tangan Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Penangguhan keputusan kongres itu memberikan masalah kepada pasukan, terutama melibatkan pembayaran gaji pemain.

KLFA kini perlu menunggu sehingga Selasa depan bagi mengetahui status kongres berkenaan selepas mereka mengemukakan jawapan terhadap 13 aduan berkenaan proses kongres itu berlangsung.

Kontrak pemain terjejas

Berdasarkan kepada kontrak yang dimuatnaik oleh pemain Syazwan Andik berkenaan kegagalan membayar gaji lebih dari satu bulan, pemain berhak untuk menamatkan kontrak tanpa perlu membayar pampasan atau apa-apa bayaran yang perlu dibayar kepada pasukan.

Ianya juga dipersetujui oleh Peguam Undang-Undang Sukan yang merujuk kepada kes berkenaan.

Sumber Foto: KLFA