Skuad B23 tewas 1-2 kepada China B23 pada aksi persahabatan

Image may contain: 3 people, people playing sports, stadium and outdoor

Aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Changzhou Olympic Sports Centre, malam tadi menyaksikan skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 2-1 kepada China B-23.

Akhyar Rashid berjaya meletakkan Malaysia B23 mendahului seawal minit ke 14 sebelum China B23 dihadiahkan sepakan penalti pada minit 38. Bagaimanapun, Zhang Yuning mudah menewaskan Haziq Nadzli untuk gol penyamaan.

Aksi babak kedua pula, beberapa pencaturan disusun oleh Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. Gawang Malaysia B23 bolos pada minit 53 menerusi Chen Zhechao untuk meletakkan China B23 di depan dengan 2-1.

Asakan demi asakan, skuad B23 Negara gagal mencari gol penyamaan dan keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat. Foto: Chinese Football Association

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports, stadium and outdoor