“Terima kasih Kedah atas segalanya”

Image may contain: 2 people, outdoor

Bintang Muda JDT, Akhyar Rashid akhirnya mengemaskini ‘statusnya’ apabila mengucapkan terima kasih kepada bekas majikan atas segala sumbangan dan penghargaan buat dirinya.

Akhyar Rashid yang kini menjalani latihan bersama Juara lima kali Liga Super Malaysia, JDT sebelum ini mendiamkan diri berkenaan kontroversi membabitkan dirinya untuk berhijrah. Pemain berusia 19 tahun itu mendapat pelbagai reaksi di laman sosial sama ada dikritik mahupun dipuji.

Ianya dikongsikan menerusi laman instagramnya, @akhyarrashid pada semalam selepas 2 hari menjalani latihan bersama kelab baharunya.

Akhyar turut memuat naik 10 gambar dia beraksi di samping rakan sepasukan Helang Merah dan penyokong.