Terima kasih penyokong JDT atas sokongan anda

Laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers melahirkan ucapan terima kasih kepada 18,850 penyokong JDT yang hadir ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada pertemuan suku akhir kedua unifi Piala Malaysia dengan Pahang malam semalam.

18,850 penyokong JDT yang hadir ke stadium semalam. Foto: Footballmalaysia.com
18,850 penyokong JDT yang hadir ke stadium semalam. Foto: Footballmalaysia.com

Ucapan terima kasih tersebut sebagai membuktikan bahawa sorakan padu penyokong telah berjaya menjadi pemangkin semangat pemain sekaligus menenggelamkan hasrat pihak lawan. Tahniah dan terima kasih Pemain Ke-12 Harimau Selatan.

JDT berjaya mara ke Separuh akhir Piala Malaysia 2018 selepas menyingkirkan Pahang dengan aggregat 3-1. JDT pada awal terikat 1-1 di Darul Makmur sebelum bangkit tewaskan 2-0 di Larkin semalam. JDT dijadual bertemu Terengganu bagi pertembungan memburu tiket ke pentas akhir.