Tiga cara menyumbang ke Tabung Bencana Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan tiga cara untuk menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah memberi sumbangan kurnia berupa wang serta barangan kepada semua daerah-daerah negeri Johor, individu-individu yang terkesan dan ramai lagi manakala para pemain JDT turut menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sehubungan itu, kepada anda yang ingin memberikan bantuan sumbangan boleh merujuk kepada senarai berikut;

1. Kelengkapan Medikal
– Jabatan Kesihatan Negeri Johor – Bahagian Kesihatan Awam di 07-2382217
– Bahagian Perubatan di 07-2245211

2. Sumbangan Wang Tunai
– Boleh disalurkan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

3. Keperluan Makanan Dan Barangan Lain
– Boleh disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

Image

Terima kasih diucapkan atas keprihatinan anda semua dan semoga kita sama-sama dapat saling membantu mereka yang memerlukan.