TMJ akui silap besar?

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ternyata mengakui telah melakukan kesilapan besar dengan melepaskan pemain yang mempunyai attitude yang baik.

Malah pemain itu juga antara tonggak penting ketika JDT menjulang Piala AFC pada tahun 2015 buat julung-julung kali sehingga telah mencipta sejarah baharu bolasepak Malaysia muncul pasukan pertama di rantau Asean yang memenanginya.

Tambah lebih manis lagi, gol tunggal kemenangan adalah merupakan hasil jaringannya. Siapa lagi kalau bukan Leandro Velaquez, Pemain import dari Argentina.

Leandro diambil menyertai kem JDT dan telah ditempatkan di JDTII untuk bersama-sama pemain muda. Kemasukkannya ke JDT adalah disebabkan oleh penggguguran pemain import kontroversi, Pereyra Diaz pada jendela perpindahan kedua yang turut beraksi di pentas AFC pada tahun 2015.

Pemergiaanya tidak siapa yang bertanya, walaubagaimanapun keputusan untuk melepaskan pergi adalah disebabkan perancangan rapi pasukan untuk mencipta kejayaan baharu.

TMJ mengakui melakukan silap besar?

Dalam instastory TMJ, baginda menjelaskan yang berbunyi “One of my biggest mistake was letting this guy go, Top player with a top attitude”. Ianya mungkin memberitahu adalah kesilapan besar yang telah dilakukan adalah membiarkan pergi, yang merupakan seorang pemain dan mempunyai sikap yang bagus.

Pastinya, kami para penyokong tidak akan melupakan setiap pemain yang pernah menyarung jersi JDT, apatah lagi sumbangan yang telah diberikan sehingga berjaya menjulang, merangkui kejuaraan 5 kali berturut-turut liga, memenangi Piala AFC, Piala FA, dan Piala Malaysia serta Piala Sumbangsih yang kini boleh dikira 12 piala dalam tempoh 5 tahun.