TMJ sambut kepulangan pemain JDT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyambut kepulangan para pemain JDT yang telah bercuti bagi sesi latihan pertama musim 2019.

Turut kelihatan antaranya para pemain lama dan beberapa muka baru termasuk pemain-pemain import JDT kecuali Diogo Luis Santo.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Baginda turut menyampaikan amanat mengenai visi dan misi kelab sebelum para pemain memulakan sesi latihan.