Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyambut ketibaan pemain-pemain lagenda dunia dengan jamuan makan tengahari di Istana Bukit Pelangi.
Dalam perkembangan itu, TMJ juga sempat berkongsi maklumat dan bersembang santai bersama-sama pemain lagenda yang akan turun sama-sama beraksi dalam perlawanan amal JDT All-Stars Friendly Match.
Baginda turut membawa para pemain ini melawat fasiliti latihan JDT di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.