TMJ tinjau pusat latihan Juventus

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, melawat pusat latihan pasukan utama Juventus di Turin susulan sesi perbincangan yang memberangsangkan bersama pengerusi Juventus, Andrea Agnelli berhubung kolaborasi antara JDT dan Juventus.

Lawatan dilakukan ke atas fasiliti-fasiliti termasuk bilik persalinan, auditorium, pusat rawatan & pemulihan, gimnasium dan padang.

Turut mengiringi keberangkatan DYAM Tunku Ismail adalah ejen bola sepak terkenal, Jorge Mendes dan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest.

Artikel: JOHOR Southern Tigers