“Syabas dan Tahniah, Perlis” – TMJ

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengucapkan syabas dan Tahniah buat pasukan bolasepak Perlis. Ini berikutan kebangkitan pasukan bolasepak Singa Utara yang kini meniti dibibir peminat bolasepak Perlis selepas melakukan transformasi.

Pasukan Perlis yang kini dikenali Perlis Northern Lions menunjukkan aksi bersemangat selepas membenam cabaran Kedah pada aksi persahabatan di Stadium Kangar dengan jaringan 3-1. Ianya ditambah dengan beberapa muka baru yang ditampilkan antara bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali dan Kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya.

Kami di harimauselatantv.com mengucapakan syabas dan tahniah buat pasukan Perlis dan teruskan momentum ini demi memajukan bolasepak Malaysia.