TMJ ucap tahniah Akademi JDT-Valencia B15 & B18

TAHNIAH KEPADA AKADEMI JDT-VALENCIA B15 DAN B18 ATAS KEJAYAAN LAYAK KE PUSINGAN AKHIR MSSM 2018

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain dan barisan kejurulatihan Akademi JDT-Valencia B15 dan B18 atas kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2018. Juga syabas atas keputusan yang baik dan memberangsangkan dengan JDT B15 menang 5-0 ke atas MSS Selangor manakala JDT U18 menang penentuan penalti 4-1 setelah terikat 2-2 dengan MSS Kedah.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor