“Tolong risaukan jika TMJ yang pergi tinggalkan JDT” – Safiq Rahim

Kapten JDT, Safiq Rahim mengingatkan kepada semua penyokong JDT agar tidak perlu risau kepada mana-mana jurulatih termasuk pemain yang datang dan pergi sebaliknya risaukan jika Tunku Mahkota Johor yang pergi meninggalkan JDT.

Ianya jelas mengenai persepsi sesetengah penyokong yang sering mempersoalkan tindakan JDT yang kerap mengugurkan jurulatih mahupun pemain yang telah memberikan aksi terbaik kepada kelab dan telah memberikan kejayaan buat JDT.

Terbaharu, JDT membuat sekali lagi kejutan dengan mengugurkan Raul Longhi dan barisan kejurulatihannya dan melantik bekas pemain yang juga duta JDT, Luciano Figueroa untuk mengambil alih pengurusan JDT dan dibantu oleh Ketua Jurulatih JDT II, Benjamin Mora dan Hamzani Omar.

Benjamin Mora sekali lagi dipersoalkan dengan kenaikan semula ke skuad JDT selepas sebelum ini sering menerima kecaman peminat ketika mengemudi JDT pada tahun 2017 sebelum kedatang Morais ke JDT.

“Sejak daripada awal tiada orang lebih mengenali apa yang terjadi dalam kelab kecuali DYAM Tunku Mahkota Johor. Ramai orang tidak pernah ada keyakinan. Selalunya, semua orang ada sahaja bermacam-macam persepsi dan teori berkenaan JDT tetapi kejayaan JDT pada hari ini adalah kerana seorang individu dan kita semua tahu siapa yang dimaksudkan. Berapa banyak jurulatih dan pemain yang datang dan pergi?” Kata Safiq rahim dalam entry Laman Sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.

Beliau juga turut mengharapkan akan ada filem atau dokumentari yang menceritakan apa yang terjadi di belakang tabir JDT dan bagaimana individu tersebut mengubah JDT menjadi sebuah kelab hebat.

Bagi kami di laman penyokong mengharapkan kejayaan akan terus tercipta. Sesiapa pun yang hadir dan pergi, pastinya semua akan tersimpan seribu kenangan dan sejarah yang pernah tercipta oleh JDT dan akan terus mencipta sejarah buat semua.