UEFA: Stephanie Frappart, wanita pertama adili UEFA Super Cup

Apabila bercakap mengenai perlawanan bolasepak terutama pada perlawanan tertinggi atau perlawanan tumpuan tak kira dimana jua negara di dunia, pasti akan tertumpu kepada pengadil perlawanan yang akan menjadi taruhan.

Ternyata, UEFA berjaya mencipta sejarah baharu dalam bolasepak, malah buat sejarah bagi golongan wanita apabila Stephanie Frappart dipilih dan menjadi wanita pertama mengadili perlawanan bolasepak tertinggi UEFA di UEFA Super Cup. Kejohanan UEFA Super Cup adalah merupakan kejohanan tahunan yang menemukan Juara UEFA Champions League dengan Juara Europe League.

https://pbs.twimg.com/media/EB6lC9pXUAAWUf-?format=jpg&name=medium
Stephanie Frappart, pengadil wanita dari Perancis. Foto: BB Sport.

Stephanie Frappart, 35, merupakan pengadil utama yang mengadili perlawanan UEFA Super Cup Final tahun 2019 di antara Liverpool dan Chelsea di Vodafone Park, Instanbul. Frappart yang berasal dari Perancis dibantu oleh dua penjaga garisan iaitu rakan segenaranya Manuela Nicolosi dan Michelle O’Neill dari Ireland.

Mereka sentiasa bergandingan dalam beberapa kejohanan besar termasuk Piala Dunia Wanita 2019 selain Frappart juga menjadi wanita pertama yang mengadili perlawanan Ligue di antara Amiens dan Strasbrough pada April lalu.

Dalam perlawanan UEFA Super Cup 2019, Stephanie Frappart membuat keputusan penting termasuk membatalkan dua gol Chelsea akibat ofsaid dan telah menghadiahkan sepakan penalti Chelsea untuk gol penyamaan pada minit 101 perlawanan. Keputusan beliau tersebut juga ternyata tepat berdasarkan bantuan pembantu pengadil dan sistem VAR.

Image
Frappart bersama dengan Manuela Nicolosi dan Michelle O’Neill.
Foto: FIFA Women’s World Cup

Banyak media-media antarabangsa mengucapkan tahniah kepada Stephanie Frappart kerana menjadi wanita pertama dalam sejarah UEFA dan berjaya mengawal keseluruhan perlawanan yang penuh dramatik sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Pujian juga turut diberikan oleh kedua-dua pengurus, Jürgen Klopp dan Frank Lampard selain dari pemain Liverpool, Virgil Van Dijk dan Sadio Mané. Stephanie Frappart menerusi laman twitter rasminya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.