UEFA Super Cup: Liverpool julang trofi kejuaraan kali ke-4

Liverpool berjaya menjulang trofi UEFA Super Cup dalam pertemuan 2 kelab Inggeris malam tadi dengan menundukkan Juara UEFA Europa League 2018/19, Chelsea dengan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua terikat 2-2 sehingga tamat permainan.

Ini merupakan kejuaraan ke-4 buat The Reds selepas kali terakhir dimenangi pada tahun 2005 diikuti 2001 dan 1977. Ini juga adalah kali ke-3 berturut-turut Chelsea tewas dalam Piala Super Eropah.

Kedua dua pasukan memulakan perlawanan dengan intensif dan seimbang dengan Liverpool memulakan gerakan awal menerusi Mohamed Salah. Namun Chelsea mengatur strategi mengawal keseluruhan bahagian tengah menyukarkan Liverpool untuk membuat serangan.

Giroud berjaya meletakkan Chelsea didepan hasil umpanan cantik Pedro pada minit ke-36. Berselang beberapa minit Chelsea berjaya mencipta gol kedua namun dibatalkan kerana offsaid. Keputusan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bermula, kemasukkan Firmino membuahkan hasil untuk gol penyamaan Liverpool kerana mencipta bantuan gol untuk Sadio Mane mencetak gol selaku penjaring pada minit 48. Jordan Henderson kemudian melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang terus ke dakapan Penjaga Gol, Kepa.

Image

Kepa sekali lagi menyelamatkan keadaan apabila berjaya menafikan percubaan cantik dari Van Dijk pada minit 74. Pada minit 82, pemain gantian, Mason Mount berjaya melepaskan rembatan untuk gol buat Chelsea, namun penjaga garisan mengesahkan kedudukan offsaid.

N’golo Kante mendapat peluang di minit-minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol namun tandukkan tersasar.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit selepas kedua pasukan terikat 1-1 tamat masa penuh perlawanan. Separuh masa pertama masa tambahan, Sadio Mane meletakkan The Reds di hadapan menerusi rembatan deras pada minit 95, selepas menerima hantaran Firmino.

Chelsea menyamakan kembali kedudukan selepas menerima hadiah sepakan penalti selepas Adrian menarik Tammy Abraham. Gol berjaya disudahkan dengan baik oleh Jorginho untuk kedudukan 2-2 pada minit 101.

https://i1.wp.com/semuanyabola.com/app/uploads/2019/08/IMG_20190815_050844.jpg?w=750&ssl=1

Perlawanan tamat dengan 2-2. Kedua dua pasukan memasuki penentuan sepakan penalti. Dalam penentuan sepakan penalti, Adrian menebus kesilapannya dengan menyelamatkan sepakan Tammy Abraham – satu-satunya penalti yang gagal disempurnakan. Liverpool menang 5-4.