UEL: Europa League meriah dengan kehadiran United?

UEFA Europa League pastinya akan lebih meriahkan dengan bagi saingan musim 2019/2020 apabila Juara musim 2017, Manchester United hadir sebagai pasukan pilihan selain Finalis Liga Europa lalu, Arsenal.

Arsenal yang tewas dibelasah Chelsea 1-4 dipentas final musim lalu, bakal diuji apabila musim ini diundi sekumpulan dengan Eintracht Frankfurt sementara Manchester United akan menghadapi Astana, Partizan Belgrade dan AZ.

Anak buah Unai Emery itu bagaimanapun dijangka akan melepasi saingan daripada Kumpulan F yang turut menempatkan Standard Liege dan Vitoria Guimaraes.

United pula dalam Kumpulan L sementara satu lagi kelab Inggeris, Wolves, perlu menghadapi Besiktas, Braga dan Slovan Bratislava dalam Kumpulan K.

Sevilla pula muncul pilihan dalam saingan Kumpulan A sementara dua seteru ketat, Celtic, dan pasukan bimbingan Steven Gerrard, Rangers, masing-masing diundi dalam kumpulan sukar.

Keputusan penuh undian:

Kumpulan A: Sevilla, APOEL, Qarabag, Dudelange

Kumpulan B: Dynamo Kiev, FC Copenhagen, Malmo, Lugano

Kumpulan C: Basel, Krasnodar, Getafe, Trabzonspor

Kumpulan D: Sporting CP, PSV, Rosenborg, LASK

Kumpulan E: Lazio, Celtic, Rennes, Cluj

Kumpulan F: Arsenal, Eintracht Frankfurt, Standard Liege, Vitoria Guimaraes

Kumpulan G: Porto, Young Boys, Feyenoord, Rangers

Kumpulan H: CSKA Moscow, Ludogorets, Espanyol, Ferencvaros

Kumpulan I: Wolfsburg, Gent, Saint-Etienne, Oleksandriya

Kumpulan J: Roma, Borussia Monchengladbach, Istanbul Basaksehir, Wolfsberger

Kumpulan K: Besiktas, Braga, Wolves, Slovan Bratislava

Kumpulan L: Manchester United, Astana, Partizan Belgrade, AZ