UNL: Pertembungan klasik antara England dan Belanda

Bercerita tentang kejohanan UEFA Nations League, ketika ini pertembungan telah memasuki pusingan separuh akhir dimana England akan berdepan Belanda untuk mencari tempat ke final Liga Negara-Negara manakala tuan rumah Portugal berdepan Switzerland dalam satu lagi pertembungan separuh akhir selepas undian di Dublin.

Portugal dan Switzerland akan bertemu di Porto pada 5 Jun manakala with England dan Belanda bermain di Guimaraes pada 6 Jun. Bagi playoff tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 9 Jun, dengan saingan terakhir akan berlangsung di Porto.

Semua empat pasukan layak ke kejohanan baharu UEFA itu – yang dibentuk bagi menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang tidak memberi makna – dengan memenangi saingan tiga pasukan liga teratas itu.

England bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Croatia 2-1 di Wembley bulan lalu dan naik dari kedudukan terbawah ke persada mengatasi Sepanyol.

Belanda juga memerlukan gol lewat untuk menyingkirkan juara dunia, Perancis dengan dua gol pada minit terakhir untuk seri 2-2 berdepan Jerman.

Switzerland bagaimanapun menampilkan kebangkitan terbaik apabila mengatasi defisit 2-0 berdepan Belgium untuk menang 5-2 pada saingan terakhir kumpulan.

Juara Eropah, Portugal tidak kalah dalam empat perlawanan berdepan Poland dan Itali bagi memastikan penghormatan selaku tuan rumah kejohanan. – AFP