VAR ‘trendy’ untuk diperkatakan, adakah ini satu penyelesaian?

VAR mula digunakan pada 2017, di bola sepak Eropah khususnya ia masih tidak lari dari kontroversi membabitkan keputusan yang dilakukan oleh pengadil ketika perlawanan.

Banyak isu dan kontroversi diperkatakan dan adakah ini satu penyelesaian? sehinggakan isu tangan, lutut, ketiak, dan apa jua organ badan, hebat diperdebatkan dan pertikaian.

Related image
VAR digunakan di pentas UEFA Champions League.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika menjelaskan mengenai penggunaan kedua-dua teknologi tersebut di Liga Malaysia berkata kos untuk GLT adalah lebih tinggi berbanding VAR.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pemberita semalam beliau berkata: “VAR itu satu perkara ‘trendy’ untuk diperkatakan, tetapi adakah ia satu penyelesaian?

“Dan jika anda tanya kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) di England, adakah VAR satu penyelesaian?

“Sampai isu ketiak pun kita boleh pertikaikan. Jadi saya tidak rasa ia satu penyelesaian 100%, tetapi dalam sukan kita sentiasa akan ada perkara yang perlu diperdebatkan dan perubahan,” ujar beliau.

“Jika EPL liga nombor satu dunia pun ada masalah dengan VAR, apatah lagi kita nak tergesa-gesa dalam keadaan yang tidak bersedia.

“Dalam VAR, kursus dan prosesnya agak panjang, selain kedudukan kita ketika ini belum lagi tepat pada masanya untuk penggunaan VAR atau GLT,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM.

Menurut Stuart lagi tidak mustahil FAM mempraktikkan satu hari nanti kerana faktor kos teknologi berkenaan yang semakin susut nilai dari semasa ke semasa.

Pada hari ini kos penggunaan VAR diangarkan bernilai diantara RM50,000 sehingga RM100,000 untuk satu perlawanan.

“Kos itu sedang turun di serata dunia akibat perkembangan teknologi. Dengan adanya lebih banyak pengguna dalam VAR dan banyak penyedia perkhidmatan yang boleh sediakan perkhidmatan, kita boleh tengok dalam masa terdekat, mungkin kalau kos itu dah sesuai, mungkin kita [FAM] boleh masukkan VAR dalam sistem kita,” jelasnya.

Terdahulu kontroversi yang perlu merujuk pendebatan mengenai VAR dan GLT adalah membabitkan jaringan Baddrol Bakhtiar untuk Kedah dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Pahang sehingga membawa Kedah ke Pentas Final, dan juga hasil jaringan sepakan percuma Safawi Rasid di perlawanan akhir.

Pendebatan ini turut dibincang dan dibualkan dalam Parlimen yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Jelutong dan dijawab oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan. Keputusan pengadil adalah muktamat.