Warna rasmi Tengku Amir jadi pilihan kit ke3 Selangor

Bersempena dengan Hari Bolasepak Selangor 2018, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah memperkenalkan kit ke3 pasukan yang akan digunakan untuk musim 2019.

Menurut sumber, jersi berwarna hijau merupakan warna kegemaran dan warna rasmi baginda Raja Muda Selangor yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah dengan menggunakan jenama antarabangsa dari Sepanyol, iaitu Joma.

DYTM Tengku Amir bersama kit ke3 Selangor. Foto: FAS

Dalam sesi pengenalan tersebut, Selangor turut memperkenalkan beberapa pemain baru yang akan beraksi untuk musim 2019. Antaranya barisan pemain muda seperti M Tamil Maran, Muhammad Haziq Ridwan, Muhammad Amirul Haziq Rasmizal, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin, A Namathevan, Muhammad Faizzudin Mohd Abidin, K Sarkunan, Mohamad Ashmawi Md Yakin, K Kannan dan Sean Selvaraj.

Bekas pemain Felda United, Wan Zack Haikal Wan Noor; Mohd Farizal Harun, Mohd Faiz Mohd Nasir, Mohd Norhakim Isa, Mohd Azreen Zulkafle, Abdul Latiff Suhaimi antara pemain baharu yang bakal memperkuatkan Selangor pada musim hadapan.

Pemain lama yang kekal adalah penjaga gawang, Khairul Azhan Mohd Khalid dan pemain penyerang Mohd Amri Yahyah. Yang tidak hadir ketika sesi ini adalah pertahanan Muhammad Syahmi Safari dan bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon yang bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain Selangor 2019. Foto: FAS

Ketua Jurulatih yang baharu, B Sathianathan memberitahu akan mengekalkan khidmat tonggak import yang juga pemenang anugerah Kasut Emas Liga Super 2018, Rufino Segovia.