WCQ 2022: Malaysia tewas. Taktikal tidak menjadi?

Kekalahan Malaysia ke atas Vietnam menampakkan kelemahan skuad negara dalam menyusun strategi dan taktikal akibat dari pertukaran beberapa pemain utama.

Harimau Malaya yang bertandang ke Hanoi pastinya memasang impian untuk mengutip mata namun gagal selepas tewas tipis 1-0 pada perlawanan ke-3 kelayakkan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe masih mengekalkan taklikal sebelum ini dengan posisi 4-2-3-1 dengan Halim Saari disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas ketiadaan Azam Azih yang mengalami kecederaan.

Kekurangan perancang tengah mengganggu rentak permainan Malaysia ditambah Vietnam yang lebih agresif menyerang di setiap sudut.

Kelalaian dan kurang daya komunikasi antara pemain Malaysia mungkin boleh dikatakan terutama Shahrul Saad antara punca gol tuan rumah dijaringkan.

Baca juga kupasan menarik dari semuanyabola.com – Ini 6 Perkara Kami Perhatikan Dalam Kekalahan Malaysia Di Tangan Vietnam

Kemenangan 1-0 Vietnam sudah cukup untuk terus bersaing dengan UAE dan Thailand yang masing berebut tempat di tempat pertama kedua dan ketiga.

Malaysia akan berhadapan Thailand aksi terakhir sebelum menerima kunjungan Indonesia di Bukit Jalil.