WCQ 2022: Tiket pertemuan Malaysia-Indonesia habis dijual

Tiket perlawanan bagi aksi Malaysia – Indonesia telah pun selamat habis dijual sepertimana yang diumum sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman sosial siang tadi.

Malaysia yang akan bertemu Indonesia pada aksi kelima Pusingan ke-2 saingan Kelayakkan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 berlangsung pada hari selasa ini, 19 November 2019.

Malaysia pada sebelum ini menang 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta dua bulan lalu pada aksi pertama. Indonesia yang belum memungut mata pada aksi saingan ini, tampil untuk membalas dendam dan misi 3 mata buat negara serantau itu.

Bagaimanapun, FAM telah mengingatkan kepada semua penyokong Harimau Malaya agar tidak menjual tiket yang dibeli untuk perlawanan ‘home’ kepada penyokong Indonesia. Ini jelas Indonesia hanya diperuntukkan tiket 4,500 sahaja.

Ianya susulan kes terjadi pada aksi Malaysia – Thailand, apabila ada dikalangan penyokong Malaysia menjadi ‘bantuan’ untuk membeli tiket sebelum dijual kepada warga Thailand.

Ia susulan penyokong Pelawat memenuhi hampir 5,000 orang berbeza dengan kouta tiket yang diperuntukkan kepada Thailanda iaitu sebanyak 2,500 tiket sahaja.