WCQ 2022: Garuda tunggu, Harimau Malaya sudah datang

Skuad Harimau Malaya hari ini telah pun selamat berangkat ke Jakarta bagi menghadapi saingan kelayakkan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 menentang Indonesia untuk aksi kumpulan G, Pusingan ke-2.

Malaysia dijadualkan bertemu Indonesia pada perlawanan pertama pada 5 September ini sudah pun bersiap sedia malah yakin dengan kemampuan untuk membawa pulang tiga mata pertama.

Presiden FAM, YH Dato’ Haji Hamidin Md. Amin juga optimis, Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dan membawa pulang mata.

Indonesia yang akan turun sebagai pasukan ‘underdog’ juga akan memastikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan berputih mata ditambah lagi perlawanan pertama ini berlangsung di gelanggang keramat Stadium Gelora Bung Karno.

Sebaik kembali ke tanah air, Malaysia akan bertemu UAE pada 10 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kami seluruh rakyat Malaysia dan para penyokong mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan.

Featured Photo: FAM