World Cup 2018: Jerman kecundang di tangan Mexico

MOSCOW: Mexico melakar kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Jerman 1-0 dalam aksi sulung Kumpulan F kempen Piala Dunia, sebentar tadi.

Pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano muncul wira Mexico apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-35 sekali gus mengejutkan Jerman yang dalam misi untuk menjadi pasukan pertama selepas Brazil pada 1962 yang berjaya mempertahankan gelaran juara Piala Dunia.

Anak buah Joachim Loew hampir menyamakan kedudukan dua minit kemudian namun sepakan percuma yang dilakukan Toni Kroos sekadar menggegar palang gol Mexico.

Aksi babak kedua menyaksikan dominasi sepenuhnya oleh Jerman yang melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Mexico tetapi gagal menemui penyudah bagi menjaringkan gol penyamaan.

Ini adalah kemenangan kedua Mexico ke atas Jerman dalam 12 perlawanan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published.